[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Mayat hidung berdarah ditemui dalam bilik

Sinar Harian 25/10/2018 | 15:43 MYT
Lelaki itu dipercayai meninggal dunia dua hari lalu iaitu pada kali terakhir dilihat keluarganya. - Foto Sinar Harian
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berbau busuk dan hidung berdarah di Kampung Chabang Empat di sini, hari ini.
Mayat lelaki itu dikenali Mohamad Khairul Nizam Salleh, 25, ditemui keluarganya pada jam 3.30 petang.
Lelaki itu dipercayai meninggal dunia dua hari lalu iaitu pada kali terakhir dilihat keluarganya.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, siasatan awal tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.
"Pemeriksaan fizikal tidak ada apa-apa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.
"Temubual dengan keluarganya, lelaki ini tidak keluar dari bilik sejak dua hari lalu," katanya.
Menurutnya, mayat lelaki tersebut dihantar ke Hospital Tumpat dan hasil bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
#hidung berdarah #Kampung Chabang Empat #kematian mengejut #mayat #Mohamad Khairul Nizam Salleh