awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat janda berbungkus selimut ditemui

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2019
01:40 MYT
Mayat janda berbungkus selimut ditemui
Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian. - Astro AWANI
Rasa curiga bau busuk yang dihidu seorang bapa membawa kepada tragedi apabila melihat anaknya sendiri mati dalam keadaan sadis.
Mayat mangsa yang juga seorang janda anak satu itu ditemui dalam keadaan dibungkus dengan selimut tebal di pangsapuri Rampai Idaman, Prima Damansara, di sini, pada Rabu.
Mangsa dikenali sebagai Nor Hidayah Ahmad, 30 tahun, ditemui kira-kira jam 5.30 petang oleh bapanya yang mengunjungi rumah pangsa didiami wanita berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, siasatan mendapati, mangsa bekerja sebagai kerani syarikat pengiklanan dan tinggal di rumah sewa terbabit bersama anak lelakinya berusia enam tahun.
Namun ketika kejadian, kanak-kanak itu berada di pusat asuhan.
Polis juga percaya mangsa meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.
Justeru, polis sedang menjejaki bekas suami mangsa yang dikenali sebagai Zulkifli Joned bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
“Kita berusaha untuk mengesan bekas suami wanita ini iaitu Zulkifli Joned, berumur 40 tahun, berasal dari Johol, Negeri Sembilan.
"Sesiapa yang mengetahui di mana Zulkifli ini berada, atau Zulkifli sendiri, diminta menghubungi IPD Petaling Jaya atau pegawai bertugas, iaitu ASP Farouk, atau mana-mana pegawai penyiasat di talian 03-79662222,” katanya.
Tambahnya, difahamkan, mangsa sudah bercerai sejak dua hingga tiga bulan yang lalu.
Mohd Zani berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#bau busuk
#bedah siasat
#bekas suami
#cerai
#dibungkus dengan selimut
#IPD Petaling Jaya
#janda
#kematian
#mangsa
#mayat
#membunuh
#meninggal dunia
#Mohd Zani Che Din
#polis
#PPUM
#rumah pangsa
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#wanita
#Zulkifli Joned
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan