MALAYSIA
Mayat kanak-kanak dijerut: Bapa mangsa direman tujuh hari

Seorang lelaki yang dipercayai menjerut dan menanam anak kandungnya yang berusia enam tahun direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai menjerut dan menanam anak kandungnya yang berusia enam tahun direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh.
Ringkasan AI
- Lelaki disyaki membunuh anak kandung direman tujuh hari bermula Jumaat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan setelah mayat anak ditemukan di Negeri Sembilan.
- Mangsa berusia enam tahun maut akibat jerutan, dan mayatnya ditemui di kawasan semak di Rompin selepas suspek melaporkan kononnya anak hilang dalam kereta.
- Motif pembunuhan dipercayai berpunca masalah keluarga, dengan suspek dan isterinya dalam proses penceraian serta mangsa merupakan anak tunggal mereka.
"Semalam, suspek IPK Johor serahkan kepada kita (Polis Negeri Sembilan) selepas tamat tempoh reman," katanya di sini, pada Jumaat.
Menjelaskannya, Ahmad Dzaffir berkata, kes bunuh berkenaan disiasat IPK Negeri Sembilan memandangkan mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan di kawasan dalam negeri itu.
Media sebelum ini dilaporkan, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan pada 25 Julai lalu iaitu pada hari sama dia membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya.
Suspek mendakwa anaknya hilang selepas ditinggalkan berseorangan di dalam kereta yang diparkir di kawasan tersebut ketika dia keluar untuk membeli makanan.
Siasatan lanjut ke atas suspek membawa kepada penemuan mayat anak lelakinya di kawasan semak berhampiran Rompin, Pahang pada Isnin lalu, kira-kira 250 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat jerutan menggunakan pengikat kabel.
Polis percaya motif pembunuhan adalah disebabkan masalah keluarga, yang mana suspek dan isterinya dalam proses penceraian, dan mangsa merupakan anak tunggal pasangan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami