MALAYSIA
Mayat kanak-kanak lemas ditemui 1.5km dari Pantai Kemayang
Lokasi di mana Muhamad Irfan (gambar kecil) dikatakan bermain air sebelum dihanyutkan ombak deras di Pantai Kemayang, Bachok pada Selasa. -Foto Sinar Harian
BACHOK: Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas pada jarak 1.5 kilometer (km) dari Pantai Kemayang di sini pada Rabu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Sebelum itu mangsa, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, dikatakan bermain air di kawasan pantai tersebut sebelum dihanyutkan ombak deras kira-kira jam 6.40 petang pada Selasa.
Mayat Muhamad Irfan ditemukan oleh orang awam pada jam 10.48 pagi di persisiran pantai Kampung Cerang Laut di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat mangsa yang ditemukan itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Sebelum itu, pada jam 9.37 pagi, anggota bomba dan polis telah melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan dua buah bot secara 'water surface' dilokasi kejadian.
"Bagaimanapun, mayat mangsa telah ditemukan oleh orang awam pada jam 10.48 pagi," katanya kepada pemberita di sini.
Menurut beliau, seramai 16 anggota bomba lain-lain pangkat termasuk bomba sukarela terlibat dalam SAR.
Katanya, ia turut disertai oleh anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela).
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Pantai Kemayang di sini pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 6.45 petang itu, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, dipercayai telah dihanyutkan oleh ombak besar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 malam. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mayat seorang kanak-kanak lelaki, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, ditemui lemas 1.5km dari Pantai Kemayang, Bachok, selepas bermain air sebelum dihanyutkan ombak deras pada Selasa.
- Jenazah mangsa ditemui oleh orang awam di persisiran pantai Kampung Cerang Laut serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
- Seramai 16 anggota bomba dan agensi lain terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat menggunakan dua bot 'water surface' sebelum mayat mangsa ditemui di Bachok.
Sebelum itu mangsa, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, dikatakan bermain air di kawasan pantai tersebut sebelum dihanyutkan ombak deras kira-kira jam 6.40 petang pada Selasa.
Mayat Muhamad Irfan ditemukan oleh orang awam pada jam 10.48 pagi di persisiran pantai Kampung Cerang Laut di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat mangsa yang ditemukan itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Sebelum itu, pada jam 9.37 pagi, anggota bomba dan polis telah melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan dua buah bot secara 'water surface' dilokasi kejadian.
"Bagaimanapun, mayat mangsa telah ditemukan oleh orang awam pada jam 10.48 pagi," katanya kepada pemberita di sini.
Menurut beliau, seramai 16 anggota bomba lain-lain pangkat termasuk bomba sukarela terlibat dalam SAR.
Katanya, ia turut disertai oleh anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela).
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Pantai Kemayang di sini pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 6.45 petang itu, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, dipercayai telah dihanyutkan oleh ombak besar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 malam. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang dikatakan berlaku kepada Muhamad Irfan sebelum dihanyutkan ombak di Pantai Kemayang, Bachok?
A: Muhamad Irfan dikatakan bermain air sebelum dihanyutkan ombak deras di Pantai Kemayang, Bachok. - Q: Di mana mayat Muhamad Irfan ditemui selepas kejadian?
A: Mayat Muhamad Irfan ditemukan di persisiran pantai Kampung Cerang Laut, Bachok. - Q: Berapakah jarak tempuh dari Pantai Kemayang ke lokasi di mana mayat Muhamad Irfan ditemui?
A: Mayat Muhamad Irfan ditemui lemas pada jarak 1.5 kilometer dari Pantai Kemayang. - Q: Siapakah yang bertanggungjawab menyerahkan mayat Muhamad Irfan kepada pihak polis?
A: Mayat Muhamad Irfan telah diserahkan kepada polis oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok untuk tindakan lanjut. - Q: Berapakah jumlah anggota bomba serta pihak berkuasa lain yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk kes Muhamad Irfan?
A: Seramai 16 anggota bomba dan pihak berkuasa lain termasuk polis, Maritim Malaysia, dan Rela terlibat dalam operasi SAR untuk mencari Muhamad Irfan.
#Muhamad Irfan Mohd Afendi
#Pantai Kemayang Bachok
#dihanyut ombak deras
#lemas
#Kampung Cerang Laut