awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di Pantai Kemayan

Bernama
Bernama
01/04/2017
08:25 MYT
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di Pantai Kemayan
Dalam kejadian pukul 5.25 petang semalam, Mohd Shamsure Mat, 37, berjaya menyelamatkan tiga orang anaknya sebelum ditemui lemas. - Foto Astro AWANI
Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama keluarganya di Pantai Kemayan di sini semalam, ditemukan mati lemas hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata mayat mangsa, Wan Nurul Huda Wan Mohd Long, 7, dijumpai 4.30 pagi tadi, kira-kira 150 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 5.25 petang semalam, Mohd Shamsure Mat, 37, berjaya menyelamatkan tiga orang anaknya iaitu Nur Shahira, 11, Nurshafiqha, 9, dan Mohamad Adam Daniel, 7, yang hampir lemas ketika mandi bersama Wan Nurul Huda.
Mohd Shamsure yang kemudiannya cuba untuk menyelamatkan anak saudaranya itu (Wan Nurul Huda) gagal dan ditemukan lemas semalam. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bachok
#lemas
#mayat ditemui
#Pantai Kemayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan