Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menemukan satu lagi mayat mangsa banjir lumpur di ladang kelapa sawit Sen Fu Sdn Bhd, Tongod di daerah Kinabatangan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khairul Azzuwan Ibrahim berkata mayat keenam itu ditemukan dalam keadaan tersangkut di akar pokok di tepi sungai Milian Tongod, 10 pagi tadi.
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata mayat yang dikenal pasti kanak-kanak perempuan itu dibawa ke jeti Kampung Pinangah dan diserahkan kepada pihak polis.
Semalam, lima mayat daripada lapan mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian Sabtu lepas, ditemukan pasukan SAR di lokasi berasingan di Sungai Pinangah, Tongod.
Khairul Azzuwan berkata pasukan SAR kawasan Pinangah kini menumpukan pencarian baki dua lagi mangsa di lokasi sepanjang sungai Milian hingga sungai Labou.
Menurutnya operasi hari kelima hari ini melibatkan 17 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), lapan anggota Pasukan Multi-Skill Team (MUST), 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Sandakan dan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau.
Turut terlibat dalam pencarian dua lagi mangsa tragedi banjir lumpur itu ialah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata mangsa ditemukan hari ini adalah kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dikenali sebagai Alisan dan mayatnya dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.
Beliau berkata terdapat kekeliruan pengecaman seorang mayat yang ditemukan semalam apabila nenek mangsa mendakwa mayat itu adalah Alisan tetapi sebenarnya adalah Juhati, remaja lelaki berusia 11 tahun.
A. Sahak berkata dua lagi mayat yang belum ditemukan ialah Asma, wanita berusia 36 tahun dan Alan, remaja lelaki 11 tahun.
Operasi SAR hari ini ditangguhkan pada 5.30 petang dan akan disambung 7.30 pagi esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
Operasi hari kelima hari ini melibatkan 17 anggota STORM, lapan anggota MUST, 10 anggota PPDA Zon Sandakan dan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Keningau. Gambar fail
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai
Mangsa ditemukan oleh anggota unit PPDA pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Tragedi jala ikan: Mayat isteri ditemukan, anak bongsu masih hilang
PDRM mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Lelaki Kemboja hilang ketika menjala di sungai ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemukan terdampar di tebing sungai pada 12 tengah hari kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
Lelaki warga asing ditemukan lemas di Tasik Kota Kemuning
Lelaki itu dipercayai terjun ke tasik dalam keadaan mabuk berdasarkan penemuan beberapa botol arak di lokasi kejadian.