awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan

Mayat ketiga dipercayai mangsa kelar ditemui di Pantai Leman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/08/2024
08:56 MYT
Mayat ketiga dipercayai mangsa kelar ditemui di Pantai Leman
Mayat mangsa ditemui terdampar oleh orang awam yang berada di pantai itu kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Polis menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Pantai Leman, Kuala Kedah di sini dipercayai menjadi mangsa bunuh dan kelar seorang suspek etnik Rohingya dalam kejadian pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat mangsa ditemui terdampar oleh orang awam yang berada di pantai itu kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa.
Katanya, siasatan polis ketika penemuan keadaan fizikal mayat kanak-kanak itu sempurna, namun terdapat kesan kelar di leher sama seperti dua mayat yang ditemui di di dalam longkang di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala di sini.
“Kecederaan kelar dialami serupa seperti dialami dua beranak berusia 34 dan 10 tahun.
“Bagaimanapun kita sedang membuat pengesahan identiti mayat kanak-kanak terbabit, namun berdasarkan siasatan kita tidak menolak kemungkinan mangsa adalah anak bongsu suspek yang turut dibunuh pada Ahad lalu.
"Suspek memiliki tiga anak dan salah seorang daripadanya yang belum ditemui sebelum ini dipercayai dibuang ke dalam longkang di Jalan Pegawai iaitu kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian sebelum hanyut ke laut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Selasa.
Dalam laporan Astro AWANI sebelum ini, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing susulan penemuan mayat dua beranak di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala di Jalan Sultan Abdul Halim, di sini petang Isnin.
Suspek berusia 43 tahun itu diberkas di sebuah masjid di Bukit Pinang, di sini pada pukul 9.05 malam tadi bersama seorang anak lelaki berusia lima tahun yang dijumpai selamat, namun trauma.
Topic Berkaitan
#mangsa bunuh dan kelar
#mayat ketiga ditemui
#Pantai Leman
#warga Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.