Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang

Astro Awani
Mac 19, 2024 00:45 MYT
Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Keramat ketika berusaha membuka pintu rumah mangsa yang didapati berkunci. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Australia ditemukan maut, dalam keadaan mayatnya hampir kembung.
Mangsa ditemukan di sebuah kondominium mewah dekat Jalan Bemban, Ampang malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira kira jam 12.19 malam, menggerakkan sebuah jentera Pasukan Bomba dan Penyelamat Keramat bagi membuka pintu unit rumah mangsa.
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Menurut komander operasi bertugas PBK II Mohd Fariszuan Jumaat, sebaik tiba didapati pintu rumah berkunci.
Mangsa, yang dikenal pasti sebagai warga Australia dan berusia 48 tahun, berjaya dikeluarkan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Punca kematian masih dalam siasatan.
#mayat #warga asing #kondominium mewah #bau busuk