Mayat lelaki berlumuran darah ditemui di tepi jalan

Adie Sufian Zulkefli
Jun 27, 2019 06:06 MYT
Menurut polis, pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul dan ditikam di bahagian muka kerana terdapat kesan tikaman senjata tumpul. - Foto Astro AWANI
Seorang pekerja ladang terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang berlumuran darah.
Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui di tepi jalan dekat Ladang Jentayu - Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah kira-kira jam 7.55 pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah, memaklumkan pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul dan ditikam di bahagian muka kerana terdapat kesan tikaman senjata tumpul.
Katanya, mayat yang dikenal pasti sebagai lelaki warga asing itu, bagaimanapun tidak mempunyai dokumen diri.
Adzil berkata, pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sedang melakukan siasatan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan sebaik siasatan lengkap.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
#Bukit Selambau #ditikam di bahagian muka #IPK Kedah #Ladang Jentayu #mayat berlumuran darah #Polis Daerah Kuala Muda #Seksyen 302 Kanun Keseksaan #Sungai Petani