awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki di pantai Eye On Melaka maut akibat serangan jantung, bukan dibunuh

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
23/09/2024
06:16 MYT
Mayat lelaki di pantai Eye On Melaka maut akibat serangan jantung, bukan dibunuh
Terdahulu, tular klip video berdurasi 14 saat memaparkan mayat seorang lelaki ditemui tidak berpakaian di kawasan berpasir tambak laut itu. - Sumber foto video viral
MELAKA: Polis menafikan mayat seorang lelaki yang ditemui tanpa pakaian di kawasan tambak pasir di Klebang, di sini merupakan mangsa bunuh seperti ditularkan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebaliknya kematian lelaki tempatan berusia 71 tahun itu diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) kerana serangan jantung.
“Pihak polis terima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 6.20 petang pada 18 September lalu memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri di kawasan tanah lapang tepi Pantai Eye On, Melaka.
“Bagaimanapun hasil pemeriksaan di tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kita klasifikasikan sebagai SDR,”katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, beliau menyeru orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu sehingga menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
Christopher Patit
Christopher menyeru orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu sehingga menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat. - Gambar PDRM Melaka
Terdahulu, tular klip video berdurasi 14 saat memaparkan mayat seorang lelaki ditemui tidak berpakaian di kawasan berpasir tambak laut itu.
Mayat itu didakwa sebagai mangsa bunuh sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Topic Berkaitan
#pantai Eye on Melaka
#maut serangan jantung
#bukan mangsa bunuh
#Christopher Patit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan