awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan tanpa kaki

Sinar Harian
Sinar Harian
30/03/2024
10:29 MYT
Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan tanpa kaki
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham buaya di Sungai Udin, Tawau. -Foto Sinar Harian
TAWAU: Lelaki yang dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menyeberang sungai ditemukan maut dengan keadaan mayatnya tidak sempurna di Sungai Udin di sini pada Sabtu.
Mayat Zulkefli Sunan, 52, ditemukan di tepi sungai oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan kira-kira jam 1.30 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, operasi pencarian memasuki hari kedua diteruskan bermula jam 7.23 pagi di lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Pasukan bomba menjalankan operasi pencarian menggunakan bot dengan dibantu bot orang awam pada jarak satu kilometer dari mangsa dibaham buaya.
"Operasi pencarian berakhir apabila mangsa ditemukan di tepi sungai dua kilometer dari dari hilir sungai.
"Mayat mangsa juga ditemukan dalam keadaan tidak sempurna iaitu hanya separuh badan tanpa kaki dipercayai akibat dibaham buaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Jemishin berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi ditamatkan jam 2.21 petang selepas mangsa ditemukan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zulkefli Sunan
#Sungai Udin
#Pasukan Bomba Sukarela
#mayat tidak sempurna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan