awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki diikat kaki dan tangan ditemukan terapung dalam sungai

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/05/2022
08:22 MYT
Mayat lelaki diikat kaki dan tangan ditemukan terapung dalam sungai
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat. - Foto ihsan polis
SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki dalam keadaan kaki dan tangan diikat dan dimasukkan di dalam guni ditemukan terapung berhampiran pengkalan ikan bilis di Kampung Sungai Batu, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar, berkata polis menerima laporan daripada pemancing yang terjumpa mayat itu hanyut dibawa arus air sungai dalam keadaan berbau busuk pada jam 9.30 pagi.
Beliau berkata, polis yang tiba telah mengangkat mayat terbabit ke atas bot dan membuka guni dan mendapati mayat seorang lelaki dalam keadaan kaki dan tangan diikat.
Katanya, mayat terbabit masih memakai baju-T namun tidak berseluar.
Suresh memaklumkan, siasatan awal polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan pada tubuh mangsa.
Katanya, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dimasukkan ke dalam guni dan dibuang di sungai.
Jelasnya, laporan awal forensik berdasarkan keadaan mayat yang telah menggelupas, mayat mangsa dipercayai berada di dalam air lebih 48 jam.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.
Katanya polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#mayat terapung
#mayat diikat
#guni
#ditemukan dalam sungai
#Kampung Sungai Batu
#Polis Kedah
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan