Mayat lelaki ditemui dengan kaki, tangan berikat

Astro Awani
Jun 28, 2017 13:15 MYT
Mayat, M. Sathiwill, 20 tahun, dijumpai tertiarap kira-kira pukul 1 petang tadi. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan kedua-dua belah kaki dan tangannya berikat di dalam sebuah rumah di Flat Padang Tembak, George Town.
Mayat, M. Sathiwill, 20 tahun, dijumpai tertiarap kira-kira pukul 1 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, siasatan mendapati mangsa menyewa kediaman berkenaan bersama teman wanita dan abang kandungnya sejak sebulan lalu.
Polis kini menahan wanita terbabit untuk membantu siasatan berhubung kejadian berlaku termasuk motif kematian si mati.
Maklumat lengkap mengenai kejadian akan menyusul sebaik siasatan selesai dijalankan.
#Flat Padang Tembak #George Town #M Sathiwill #mati #tangan diikat