MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan dalam kereta di Ayer Keroh
Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditemukan meninggal dunia di tempat duduk pemandu dengan keadaan mayat telah mereput.
MELAKA: Satu mayat lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Ayer Keroh di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.48 tengah hari mengenai sebuah kereta jenis Nissan Almera yang mengeluarkan bau busuk serta dikerumuni lalat.
"Pemeriksaan menemukan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat duduk pemandu dengan keadaan mayat telah mereput," katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka.
Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Ayer Keroh menerusi talian 06-232 1222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA