MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan dalam tasik di Ipoh
Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang sudah berbau busuk di Tasik Tiara Lake View Plaza dekat Lahat, semalam. - Foto Sinar Harian
IPOH: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang sudah berbau busuk di Tasik Tiara Lake View Plaza dekat Lahat di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira 5.40 petang, susulan seorang lelaki yang memberi makan ikan terhidu bau busuk yang kuat dan ternampak mayat terapung berhampiran tebing tasik berkenaan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati mangsa berada dalam keadaan terlungkup dan terapung di tebing tasik serta berpakaian lengkap serta masih berkasut.
"Pemeriksaan di kawasan sekitar tidak menemukan sebarang kesan darah, pergelutan, barangan atau kenderaan yang mencurigakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata mangsa dianggarkan telah meninggal dunia melebihi satu hari serta tiada kesan pergelutan atau kecederaan luaran dikesan pada tubuh mangsa.
Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemukan dan mangsa dipercayai lelaki tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada bahu kirinya.
Menurut Abang Zainal Abidin, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
-- BERNAMA