awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
Hamas sedia mudahkan penyerahan pentadbiran Gaza kepada badan bebas
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan di panggung wayang lama dengan kesan tetakan dan dibakar

Bernama
Bernama
15/02/2022
09:35 MYT
Mayat lelaki ditemukan di panggung wayang lama dengan kesan tetakan dan dibakar
Polis bertindak menahan seorang lelaki berusia 59 tahun yang berada di kawasan berkenaan pada 9.15 pagi untuk membantu siasatan.- Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Seorang lelaki maut dipercayai ditetak pada tangan dan muka sebelum mayatnya dibakar di dalam bangunan panggung wayang lama di Jalan Simpang Kuala, dekat sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G.Suresh Kumar berkata terdahulu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di bangunan terbiar tersebut pada kira-kira 7 pagi.
"Anggota bomba yang menjalankan operasi memadam kebakaran itu kemudiannya telah menjumpai satu mayat lelaki di bawah tilam dan sofa yang dibakar di sebuah bilik di tingkat atas bangunan berkenaan.
"Pihak bomba telah memaklumkan kejadian itu kepada polis dan hasil pemeriksaan ke atas mayat lelaki berusia lewat 40-an itu menemukan kesan tetakan di tangan dan muka mangsa yang dipercayai dibunuh sebelum dibakar," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 59 tahun yang berada di kawasan berkenaan pada 9.15 pagi untuk membantu siasatan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk dadah. Polis percaya kejadian ini melibatkan lebih daripada seorang suspek tetapi tidak membabitkan kumpulan samseng.
"Polis turut menemukan sebilah pisau di bahagian bawah bangunan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat," katanya.
Difahamkan, bangunan panggung wayang lama itu menjadi tempat kepada beberapa gelandangan untuk berehat dan tidur pada waktu malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki maut ditetak
#mayat dibakar
#panggung wayang lama
#Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan