awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan terapung dalam kolam takungan banjir

Bernama
Bernama
16/01/2021
21:04 MYT
Mayat lelaki ditemukan terapung dalam kolam takungan banjir
Asmadi berkata, keluarga si mati sebelum itu telah membuat satu laporan polis berkenaan kehilangannya di Balai Polis Tambun. - Gambar fail
IPOH:Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ditemukan mati terapung dalam kolam takungan banjir Sungai Pinji Taman Indah, Tanjung Rambutan di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata mangsa Daniel Lau Khai Wen, 25, dengan berpakaian t-shirt merah itu ditemukan seorang lelaki yang mahu memancing di kawasan berkenaan kira-kira 6 petang.
"Pemeriksaan awal pihak bomba mengesyaki si mati telah meninggal dunia sejak dua hari lepas dan pengecaman mayat disahkan oleh bapanya.
"Pihak keluarga sebelum itu telah membuat satu laporan polis berkenaan kehilangan si mati di Balai Polis Tambun," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata adik mangsa memaklumkan si mati amat sedih dan marah kerana bertengkar dengan ibunya dan memberitahu ingin keluar dari rumah serta tidak ingin tinggal bersama-sama keluarga.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk proses prosedur COVID-19 dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hilang
#polis
#meninggal dunia
#Ipoh
#mayat
#mangsa
#mati
#COVID-19
#kolam
#takungan banjir
#terapung
#Memancing
#A Asmadi Abdul Aziz
#Sungai Pinji
#Tanjung Rambutan
#pengecaman mayat
#bomba
#laporan polis
#bertengkar dengan ibu
#bedah siasat
#Balai Polis Tambun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan