MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan terapung di tali air di Kepala Batas
Mangsa dikenali sebagai Mohd Lutfi Abdullah, 54, dijumpai dalam keadaan masih lengkap berpakaian, namun fizikalnya didapati telah mula mengembung. - Foto Sinar Harian
KEPALA BATAS: Mayat lelaki ditemukan terapung di tali air berhampiran Lahar Ikan Mati, di sini hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Lutfi Abdullah, 54, dijumpai dalam keadaan masih lengkap berpakaian, namun fizikalnya didapati telah mula mengembung.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.05 tengah hari daripada pihak polis yang memohon bantuan bagi mengangkat mayat berkenaan.
"Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bersama-sama sebuah jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, komander terlebih dahulu melakukan penilaian awal sebelum membawa naik mayat dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap sepanjang proses tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
John berkata mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA