awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki hilang ketika jala ikan ditemukan terapung

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2022
05:48 MYT
Mayat lelaki hilang ketika jala ikan ditemukan terapung
Anggota bomba berusaha membawa naik mayat mangsa yang ditemukan terapung di Ipoh.- Foto Bomba Perak
IPOH: Seorang lelaki warga Myanmar yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan pada Ahad ditemukan terapung di kawasan sungai berhampiran Jalan Tawas Baru Selatan, Kampung Tawas di sini.
Mangsa dikenali sebagai Swe Lwin Oo berusia lingkungan 20-an ditemukan pasukan penyelamat sekitar jam 10.20 pagi pada Isnin, kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Azman Hussin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada pihak polis berhubung kejadian itu pada jam 12.01 tengah malam.
Menurutnya, dron digunakan bagi membuat pemantauan dari udara ketika mengesan kedudukan mangsa. "Imej mangsa berjaya dirakam dari udara di mana lelaki itu dijumpai dalam keadaan terapung pada jarak dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
"Operasi mencari dan menyelamat di permukaan air segera dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA)," katanya.
Mohd Azman berkata, mayat mangsa yang berjaya dibawa naik telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
ARTIKEL PENUH SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#lemas menjalan
#bomba perak
#mayat terapung
#pasukan penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan