Mayat lelaki warga Jerman ditemui di sebuah bilik hotel di Jalan Love Lane, di sini pagi tadi dalam keadaan berdarah di bahagian kepalanya.
Mayat Martin Leonhard Brill, 46, ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan pintu masuk bilik hotel oleh salah seorang pekerja hotel terbabit kira-kira jam 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, ketika ditemui, mayat mangsa yang hanya berselimut dengan sehelai cadar mempunyai kesan darah di bahagian kepala dan juga di dinding bilik.
Katanya, mangsa yang bekerja sebagai jururawat lelaki di Jerman dipercayai menghidapi masalah mental berdasarkan sekeping surat doktor yang ditemui di biliknya.
Berdasarkan keterangan penjaga hotel, jelasnya mangsa sering dilihat berkelakuan ganjil dan berada dalam keadaan tidak terurus ketika menyewa di hotel berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Mangsa juga dikatakan turut membuang semua pakaiannya dan hanya membalut tubuhnya dengan sehelai cadar selain dilihat sering terjatuh dan gagal mengawal pembuangan najis.
Malah mangsa juga dikatakan tidak menjamah makanan dan hanya mengambil alkohol sambil meluahkan perasaan sedihnya setelah kematian adik perempuan serta lelakinya akibat kemalangan jalan raya.
Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat.
Polis mengklasifikasi kes sebagai mati mengejut.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Dec 01 2017
Polis membawa keluar mayat lelaki warga Jerman yang ditemui mati pagi tadi di bilik hotel di Jalan Love Lane, George Town. Foto Astro AWANI
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
PKPD: Sanggup meniarap redah kawat berduri mahu loloskan diri
Polis sedang giat memburu dua individu lelaki yang dipercayai penagih dadah yang melarikan diri dari kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam yang kini PKPD.
Lelaki panik diugut bayar RM3,000 untuk elak video onani disebar
Lelaki berkenaan dikatakan telah membuat panggilan video bersama seorang wanita warga asing yang dikenali menerusi aplikasi sosial.
Bahan asing 'mungkin dadah' dalam kopi pracampuran - Polis
Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran yang diminum dua lelaki Nepal sehingga menyebabkan mereka mengalami gejala letih yang teruk dipercayai mengandungi bahan asing.
Mayat lelaki Jerman berdarah di kepala ditemui di bilik hotel
Mayat mangsa yang hanya berselimut dengan sehelai cadar mempunyai kesan darah di bahagian kepala dan juga di dinding bilik.
Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar ketika dihubungi berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya (TPR) pada Jumaat.