awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Kepulauan Sembilan

Aida Aziz
Aida Aziz
15/06/2023
05:36 MYT
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Kepulauan Sembilan
Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim tampil ke balai polis berhampiran sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang hilang. - Foto APMM
LUMUT: Satu mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di sekitar perairan Kepulauan Sembilan di sini, sekitar jam 3.35 petang semalam.
Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya'akup, pihaknya menerima aduan tersebut dari nelayan tempatan yang menemukan mayat berkenaan sebelum menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak.
"Maritim Negeri Perak menggerakkan bot peronda Benteng 06 ke lokasi kejadian pada jam 4.43 petang bagi mengambil mayat tersebut untuk dibawa ke Jeti Perikanan, Kampung Acheh, di sini sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
"Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim tampil ke balai polis berhampiran sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang hilang atau tidak balik ke rumah dalam tempoh melebihi 24 jam bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Katanya lagi, sebarang maklumat, insiden kecemasan atau aduan mengenai jenayah maritim, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
Topic Berkaitan
#mayat terapung
#APMM
#Kepulauan Sembilan
#lumut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan