awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Kuala Krai

Bernama
Bernama
14/10/2024
13:33 MYT
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Kuala Krai
Identiti, bangsa dan umur tidak dapat dipastikan kerana mayat telah mula mereput serta tiada pengenalan diri ditemukan pada mayat itu.
KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam Sungai Kampung Pichong, Kuala Krai hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata bilik gerakan polis telah menerima panggilan telefon daripada orang awam pada 12.15 tengah hari tadi memaklumkan terdapat sekujur tubuh terapung di sungai berkenaan.
Beliau berkata mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar pendek berwarna hitam.
"Identiti, bangsa dan umur tidak dapat dipastikan kerana mayat telah mula mereput serta tiada pengenalan diri ditemukan pada mayat itu.
"Mayat berkenaan dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra bagi tujuan bedah siasat dan polis akan melakukan siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Balai Polis Kuala Krai atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#sungai kuala krai
#mayat tanpa identiti
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan