awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim

Bernama
Bernama
17/07/2024
04:00 MYT
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Tiada sebarang saksi yang berada di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut.
MELAKA: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata sepasukan anggota polis dan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu digerakkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira 4.16 petang.
"Pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri selain terdapat ikatan menggunakan tali nilon dibalut plastik hitam melilit bahagian pinggangnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata si mati turut diikat bersama sebiji batu dengan tali berukuran lebih kurang 17.7 sentimeter serta terdapat kesan gigitan binatang di beberapa bahagian lengan mangsa.
"Tiada sebarang saksi yang berada di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#terapung
#Sungai Malim
#Christopher Patit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan