MUAR: Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh dan di tinggalkan di kawasan longgokan sampah di tepi jalan Felda Moakil-Bukit Kepong, Lenga di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, bedah siasat terhadap mayat tanpa pakaian lengkap itu mendapati kematian disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul.
“Hasil siasatan awal mendapati mayat ditemui dalam keadaan terlentang serta hanya berseluar dalam dan lokasi penemuan mayat ini merupakan tempat pembuangan sampah, berdasarkan terdapat longgokan sampah-sampah di kawasan tersebut.
“Setakat ini pihak polis masih lagi menyiasat sama ada lokasi mayat ditemui merupakan tempat kejadian kematian berlaku atau merupakan tempat kejadian kedua atau yang mana ianya mungkin dibuang atau diletakkan di situ,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut katanya, pemeriksaan fizikal ke atas mayat yang dilakukan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) mendapati keadaan mayat telah mereput dan tiada sebarang identiti mangsa diperolehi.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala akibat trauma tumpul dan dipercayai terdapat unsur jenayah.
“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Muar untuk membantu siasatan,” tambahnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan membawa hukuman mati.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jun 06 2023

Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh dan di tinggalkan di kawasan longgokan sampah di tepi jalan Felda Moakil-Bukit Kepong, Lenga, Jumaat lalu. - Foto Sinar Harian/PDRM

Empat staf perubatan disyaki terima rasuah tawar kerja urus mayat
Tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 30-an hingga 50-an itu didakwa menerima suapan tersebut kira-kira RM100 hingga RM600.

Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh
Laluan itu perlu ditutup kepada semua lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala
Polis berkata, bedah siasat terhadap mayat tanpa pakaian lengkap itu mendapati kematian disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

Mayat tanpa pakaian ditemui di tepi jalan
Mangsa yang juga seorang penganggur berusia 50 tahun ditemui orang awam kira-kira jam 9 pagi di lokasi kejadian.

Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui di jeti Tok Bali
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang badan melecur dan terdapat kesan luka pada punggung.

Mayat reput ditemukan di pesisir Pantai Kemasik
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata mayat tanpa pakaian itu dijumpai orang awam yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis.

Mayat tanpa pengenalan diri ditemui di bahu jalan
Pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan di bahagian mulut sebelah kanan, kesan calar di bahagian kanan perut dan kedua belah kaki.