awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui di jeti Tok Bali

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2021
01:17 MYT
Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui di jeti Tok Bali
Mayat yang ditemui di jeti bot nelayan Tok Bali pada Rabu dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Hanis, Pasir Puteh untuk bedah siasat. -Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Seorang penjaga jeti bot nelayan di Tok Bali terkejut selepas menemui mayat tanpa pakaian di kawasan itu pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, maklumat penemuan mayat lelaki itu diterima pada jam 4.20 petang.
"Mayat yang tidak mempunyai identiti itu ditemui lelaki berkenaan dalam keadaan bogel di kawasan jeti.
"Hasil pemeriksaan, kami dapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang badan melecur dan terdapat kesan luka pada punggungnya," katanya kepada pemberita ketika dihubungi pada Khamis.
Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mayat lelaki tersebut ialah warganegara asing berpandukan kepada penemuan ukiran tatu pada tangan kanan, belakang badan dan leher.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Hanis, di sini untuk proses selanjutnya," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jeti bot nelayan Tok Bali
#mayat tanpa pakaian
#Mohd Azmir Damiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan