Mayat lelaki terapung di sungai ditemui

Dewi Nur Harasha Alias
November 27, 2021 10:56 MYT
Mayat seorang lelaki ditemui di terapung di sebatang sungai di Kampung Tebing Sungai, Tasek Gelugor, pada Sabtu.
KEPALA BATAS: Mayat seorang lelaki ditemui di terapung di sebatang sungai di Kampung Tebing Sungai, Tasek Gelugor, pada Sabtu.
Mayat lelaki berusia 36 tahun yang hanya berseluar pendek ditemui penduduk kampung kira kira pukul 12.30 tengah hari sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Difahamkan motosikal dipercayai milik mangsa turut ditemui di dalam kawasan kelapa sawit tidak jauh dari lokasi mayat mangsa ditemukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan.
Beliau berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam pada sejam selepas mayat ditemui.
Mohd Radzi berkata, menurut isteri mangsa, lelaki itu dikatakan meninggalkan rumah dengan menaiki motosikal pada pukul 11.30 pagi.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.
Mohd Radzi berkata setakat ini, kematian lelaki itu tidak melibatkan unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
#mayat lelaki terapung #Kampung Tebing Sungai #tasek gelugor #pulau pinang