MALAYSIA
Mayat lelaki warga emas dilaporkan hilang ditemukan di Sungai Muar
Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun ditemukan lemas di Sungai Muar, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang berhampiran Jambatan Panchor-Gersik. -Foto Polis Daerah Tangkak
TANGKAK: Seorang lelaki warga emas yang sebelum ini dilaporkan hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam sungai ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat di Sungai Muar di sini pagi tadi.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata mangsa yang berusia 62 tahun itu ditemukan kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang di Jambatan Panchor-Gersik, semalam.
Beliau berkata ketika ditemukan, mayat berada dalam keadaan sempurna dan dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan lelaki itu dilaporkan hilang selepas kenderaannya dijumpai orang awam berhampiran jambatan terbabit, selepas keluar dari rumahnya di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu pada 6 pagi semalam sebelum dipercayai terjatuh ke dalam sungai.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun ditemukan lemas di Sungai Muar, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang berhampiran Jambatan Panchor-Gersik.
- Mangsa dilaporkan hilang selepas kenderaannya dijumpai berhampiran jambatan tersebut; mayatnya ditemukan dalam keadaan sempurna dan dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.
- Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.