awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat mangsa runtuhan tanah Gunung Jerai dijumpai

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/03/2020
03:29 MYT
Mayat mangsa runtuhan tanah Gunung Jerai dijumpai
Bomba kini sedang berusaha mengeluarkan mangsa kedua, Md Noor Shaari, 68, yang tertimbus agak dalam. -Foto Astro AWANI
Mayat mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah di kaki Gunung Jerai dekat Gurun, Kedah berjaya dijumpai jam 10.56 pagi Isnin.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, mayat mangsa pertama Roslan Saidin, 52, berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian.
Bomba kini sedang berusaha mengeluarkan mangsa kedua, Md Noor Shaari, 68, yang tertimbus agak dalam lantas memaksa bomba mengorek secara manual bagi mengeluarkan mayat.
Jelas Sayani, anggotanya terpaksa melakukan kerja-kerja pelebaran tanah dengan menggunakan dua unit jentera pengorek bagi membuka laluan untuk jentera berkenaan masuk ke kawasan itu.
Seterusnya, khidmat anjing pengesan K9 digunakan bagi menentukan kedudukan mangsa.
Sayani berkata kerja-kerja mencari mangsa mengalami kesukaran berikutan struktur tanah yang tidak stabil.
Seramai 40 anggota bomba termasuk 12 anggota Pasukan Khas Taktikal, Operasi dan Penyelamat (STORM) dan lapan anggota unit K9 terbabit dalam operasi hari ini.
Dalam kejadian lewat petang semalam, dua mangsa tersebut tertimbus ketika sedang mencari emas di kawasan itu.
Mangsa dianggarkan tertimbus pada kedalaman di antara 1.5 dan 3 meter.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kaki Gunung Jerai
#mayat tertimbus
#Md Noor Shaari
#Roslan Saidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan