awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
13/04/2024
01:00 MYT
Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung. - Foto JBPM Sarawak
LUNDU: Mangsa yang hilang dalam tragedi kepala air di kawasan air terjun Kampung Sebat, Sematan ditemui mati pada pagi ini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak. Henderi Ardimansyah berkata, mayat Steven Chai Pok Yee, 20, ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung, sekitar jam 7.15 pagi Sabtu. Dalam kejadian sekitar jam 4.50 petang pada Jumaat, Steven dan beberapa rakannya yang lain sedang beriadah di kawasan air terjun terkenal itu, sebelum dihanyutkan kepala air yang tiba-tiba muncul.
Tiga rakannya yang lain berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Namun seorang daripada rakannya, Vincent Tiong Kung Cheng, 20, kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik Klinik Kesihatan Sematan, yang hadir ke lokasi. Kedua-dua mangsa yang maut ini berasal dari Kota Samarahan. Dua rakannya yang lain bagaimanapun selamat.
Untuk rekod, Air Terjun Kampung Sebat, yang terletak di Kampung Sebat Dayak, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya Kuching merupakan kawasan tarikan pelancongan dan riadah yang semakin popular.
Ia mendapat nama daripada perkataan "Sahabat" bagi menggambar keakraban komuniti; Melayu dan Dayak yang wujud dan hidup bersama di kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#kepala air
#mayat mangsa
#Steven Chai Pok
#air terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan