KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia masih meneruskan pencarian mangsa yang dikatakan dipanah petir pada 18 Ogos lepas di perairan Pulau Dinawan, Kota Kinabalu.
Usaha pencarian yang memasuki hari ke-10 tersebut dilakukan dalam aktiviti rondaan harian selepas Operasi Carilamat ditamatkan pada 20 Ogos lalu.
Menurut Lt Maritim Wan Rusli Wan Mustapha, mangsa, Mohd Nasir Abd Rais, 62, sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan Pulau Dinawan bersama anaknya pada 18 Ogos lalu sebelum dipanah petir.
Anak mangsa, Abdullah Mohd Nasir, 20, disahkan meninggal dunia selepas ditemui nelayan tempatan pada hari kejadian.
"Mangsa dikatakan telah dipanah petir ketika melakukan antiviti memancing di kawasan Pulau Dinawan. Bermula 18 Ogos, pihak Maritim Malaysia telah memgaktifkan usaha mencari dan menyelamat (SAR).
"Sepanjang 3 hari pencarian bermula 18 Ogos sehingga 20 Ogos, mangsa masih belum ditemui," katanya.
Wan Rusli ditemui dalam rondaan harian Maritim Malaysia di perairan Kota Kinabalu pada Jumaat.
Jelasnya pihak keluarga mangsa telah dimaklumakan tentang penamatan operasi SAR dan usaha pencarian yang sedang dibuat Maritim Malaysia melalui rondaan rutin harian.
Bagaimanapun jelas Wan Rusli usaha pencarian tersebut dilihat sukar kerana mangsa dikatakan tidak memakai jaket keselamatan.
"Kebanyakan kes yang kami terima adalah sukar untuk kami temui disebabkan mangsa kebanyakan tidak memakai jaket keselamatan," katanya.
Tambahnya berdasarkan operasi Carilamat sebelum ini, hanya 20 peratus mangsa yang tidak memakai jaket keselamatan berjaya ditemui dan beliau menasihatkan komuniti nelayan agar lebih peka dengan keadaan semasa di laut dan sentiasa memakai jaket keselamatan.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Aug 28 2021
Usaha pencarian yang memasuki hari ke-10 tersebut dilakukan dalam aktiviti rondaan harian selepas Operasi Carilamat ditamatkan pada 20 Ogos lalu. - Foto ihsan Maritim Malaysia
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
'Lembik tengok tiga keranda anak-anak di rumah' - Bapa mangsa lemas tiga beradik
Bapa kepada tiga beradik mangsa lemas di Sungai Terengganu tidak mampu mengiringi jenazah anak-anaknya itu ke tanah perkuburan.