awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
Seorang terkorban selepas 2 helikopter bertembung di ruang udara New Jersey, AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pekerja asing tertimbus runtuhan kuari ditemui

Bernama
Bernama
09/09/2014
11:39 MYT
Mayat pekerja asing tertimbus runtuhan kuari ditemui
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.
Mayat pekerja asing ketiga, yang tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di sebuah kuari dekat Felda Bukit Sagu di sini, ditemui tengah malam tadi.
Mayat Cecep Rubiyanto, 22, dari Indonesia ditemui terhempap di bawah bongkahan batu di atas puncak bukit itu pada 12.44 tengah malam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.
Berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh Bomba dan Penyelamat Negeri, Jabatan Pertahanan Awam dan polis ditamatkan awal pagi ini, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Dalam kejadian 5 petang semalam, dua pekerja warga Indonesia dan seorang pekerja warga Myanmar tertimbus apabila berlaku runtuhan batu ketika mereka dalam perjalanan turun daripada timbunan batu itu selepas selesai melakukan tugasan.
Mayat warga Indonesia Rudi Hartono, 30, ditemui pada 7 malam manakala mayat warga Myanmar, Tang Yang Siew, 25, ditemui pada 9.20 malam tadi.
Topic Berkaitan
#Cecep Rubiyanto
#Felda Buit Sagu
#kuari
#mayat
#tertimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan