awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pemancing jatuh sungai ditemukan tersangkut

Aida Aziz
Aida Aziz
05/04/2021
08:52 MYT
Mayat pemancing jatuh sungai ditemukan tersangkut
Mayat Wan Azila Abdul Aziz, 27, ditemukan pada 2.20 petang oleh Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) JBPM Perak. - Foto JBPM
TELUK INTAN: Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Dedap di Kampung Sungai Rubana pada Ahad, ditemukan tersangkut di tepi tebing sungai di sini, petang tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mayat Wan Azila Abdul Aziz, 27, ditemukan pada 2.20 petang oleh Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) JBPM Perak.
"Kerja-kerja pencarian mangsa lemas menggunakan teknik 'surface searching' melibatkan enam buah bot merangkumi jarak operasi empat kilometer sepanjang sungai itu.
"Mangsa berjaya ditemui 15 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas. Mayat mangsa tersangkut di tepi tebing sungai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, keseluruhan operasi berkenaan membabitkan kekuatan seramai 40 orang, terdiri daripada pelbagai agensi termasuk penduduk kampung.
Ujarnya lagi, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Rubana, dekat sini ketika keluar memancing bersama abang iparnya, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Wan Azila Abdul Aziz, 27, beralamat di Kampung Sarang Tiong, Mukim Sungai Durian, dekat sini.
Menurut jurucakap JBPM Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang pemanggil pada 5.48 petang.
Katanya, maklumat daripada pemanggil memaklumkan mangsa bersama abang iparnya menaiki bot untuk memancing di sungai tersebut.
Difahamkan, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mengelak daripada sampah sarap di sekitar sungai tersebut.
Bagaimanapun, kedua duanya jatuh ke dalam sungai dan abang iparnya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal.
Topic Berkaitan
#mayat
#lemas
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#bomba
#mangsa
#pemacing
#tersangkut
#Sungai Dedap
#Kampung Sungai Rubana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan