awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pemuda hilang ditemukan lemas di Tasik Bukit Enggang

Bernama
Bernama
22/07/2025
22:20 MYT
Mayat pemuda hilang ditemukan lemas di Tasik Bukit Enggang
Naazron berkata, mayat dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat dan hasil awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas, tanpa sebarang kesan kecederaan atau unsur jenayah. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ditemukan mati lemas di Tasik Bukit Enggang, Sungai Long, Kajang, pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada seorang pemancing tempatan kira-kira jam 7.30 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat digerakkan ke lokasi sebelum mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 10 kaki dari tebing tasik.
"Siasatan mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia 25 tahun yang dilaporkan hilang di Puchong pada 17 Julai lalu.
"Sebuah motosikal jenis Honda RS150 dan topi keledar berwarna hitam turut ditemukan di tepi jalan berhampiran Monkey Canopy, Sungai Long, dipercayai milik mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Naazron berkata, mayat dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat dan hasil awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas, tanpa sebarang kesan kecederaan atau unsur jenayah.
Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Sungai Long, Sarjan Abang Faizul Abang Bujang di talian 012-9208851 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemuda hilang
#lemas
#Tasik Bukit Enggang
#Monkey Canopy Sungai Long
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan