awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pengembara solo warga UK dijangka boleh dituntut seawal Isnin - Polis

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2025
09:46 MYT
Mayat pengembara solo warga UK dijangka boleh dituntut seawal Isnin - Polis
Ku Mashariman memberitahu, mayat mangsa dijangka boleh dituntut seawal Isnin atau selewat-lewatnya Rabu ini. - Foto Facebook @Leanne Burnett
KUALA LUMPUR: Mayat pengembara solo warga British, Jordan Michael John Johnson-Doyle masih lagi ditempatkan di Jabatan Forensik Pusat Perubatan Malaya (PPUM) sementara menunggu beberapa prosedur bagi melengkapkan siasatan.

Ringkasan AI
  • Mayat masih ditempatkan di Jabatan Forensik PPUM: Mayat pengembara solo warga British itu masih berada di Jabatan Forensik Pusat Perubatan Malaya sementara menunggu beberapa prosedur siasatan sebelum boleh dituntut oleh keluarganya.
  • Pengesahan identiti dan punca kematian: Identiti mangsa disahkan oleh bapa saudaranya berdasarkan pengecaman tatu pada tubuhnya. Bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan dada akibat terjatuh dari tempat tinggi.
  • Tiada unsur jenayah dalam kejadian: Polis mengesahkan bahawa tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood memberitahu, mayat mangsa dijangka boleh dituntut seawal Isnin atau selewat-lewatnya Rabu ini sebaik sahaja selesai kesemua prosedur.
"(Mayat) belum dituntut lagi, (masih) menunggu beberapa prosedur bagi melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Ku Mashariman memberitahu, selain bapa sudara, ibu bapa mangsa juga berada di Malaysia bagi proses tuntutan mayat.
Jordan Johnson Doyle, 25, disedari hilang oleh keluarga apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi, malah akaun media sosialnya juga tidak aktif sejak 27 Jun lalu.
Susulan itu satu laporan polis dibuat pada 2 Jun lalu.
Khamis lalu, polis mengesahkan menemukan mayat mangsa di sebuah tapak pembinaan di Bangsar, di sini.
Identiti mangsa disahkan bapa saudara mangsa berdasarkan pengecaman tatu pada tubuhnya.
Bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan dada disebabkan terjatuh dari tempat tinggi.
Polis juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Jordan Michael John Johnson-Doyle
#warga UK
#hilang
#mayat belum dituntut
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan