awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pertama tragedi bot karam di Belaga ditemui

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
30/05/2013
02:43 MYT
Mayat pertama tragedi bot karam di Belaga ditemui
Mayat pertama dalam kejadian bot ekspres karam di Belaga telah ditemui tidak jauh dari tempat kejadian.Mayat Tujok Lah, 44, telah ditemui pada pukul 7 pagi oleh penduduk Rumah Panjang Rh Tevok.
Tujok, merupakan salah seorang daripada 11 orang yang dilaporkan hilang selepas bot yang sarat dengan penumpang itu melanggar batu dan karam dekat Tanjong Giam Bungan.
Ketua Polis Daerah Belaga Bakar Sebau berkata mayat Tujok akan dihantar ke rumah mayat Hospital Belaga.
Operasi pencarian penumpang lain yang hilang diteruskan hari ini.
Setakat ini, lebih daripada 190 orang dilaporkan telah berjaya diselamatkan.
Bot ekspres 'Kawan Mas' itu karam antara pukul 8.30 pagi dan 9 pagi pada Selasa semasa dalam perjalanan dari Bakun di pekan Belaga menuju Kapit.
Ketika kejadian, jumlah penumpang yang menaiki bot Kawan Mas itu adalah lebih 190 orang namun jumlah yang dibenarkan adalah hanya 75 penumpang sahaja.
Topic Berkaitan
#Bakar Sebau
#Belaga
#bot karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan