KEMAMAN: Kehilangan seorang remaja lelaki sejak Rabu lalu terjawab selepas mangsa ditemui meninggal di bawah Jambatan Kampung Teladas, Kemaman.
Mayat Muhammad Ammar Izzat Zainuddin ditemui terapung dan tersangkut pada timbunan kayu di sungai berkenaan kira-kira jam 12.30 malam Jumaat.
Menurut kakak mangsa Zailatul Ain Zainuddin berkata, kehilangan adiknya itu disedari ibu mereka selepas mangsa tidak pulang selepas keluar makan bersama rakan-rakannya sebelum bertindak mencarinya bersama beberapa penduduk yang lain.
“Pagi itu, kami lihat di dalam bilik, adik tiada dalam bilik, dan saya berfikiran mungkin dia tidak balik rumah malam tadi dan tidur di rumah kawan dia.
“Kemudian, pada waktu petang, kawan dia datang untuk tukar motosikal yang telah dipinjam. Jadi, kawan dia datang untuk pulangkan semula motosikal.
“Saya pun terus beritahu kawan dia, bahawa adik tidak balik dari semalam lagi. Kemudian itu, kawan-kawannya terus mencari adik saya,” jelas Zailatul.
Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Air Puteh itu ditemui penduduk yang kebetulan melalui jambatan berkenaan.
Turut ditemui bersama mayat mangsa ialah sebuah motosikal jenis honda EX5 yang juga dipercayai ditunggang mangsa yang turut terjatuh ke dalam sungai berkenaan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi berkata siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa telah telah hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam sungai berkenaan setinggi kira-kira tiga meter itu.
Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.
Astro Awani
Fri Mar 05 2021

Mayat Muhammad Ammar Izzat Zainuddin ditemui terapung dan tersangkut pada timbunan kayu di sungai berkenaan kira-kira jam 12.30 malam Jumaat. - Astro AWANI

Hilang Kepercayaan | Bersatu perak siasat video tular
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak akan menyiasat video yang tular kononnya beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian Larut hilang kepercayaan terhadap Ketua Bahagian mereka.

Langgar SOP | Bazar Ramadan Batu Buruk dalam pemantauan PBT
Bazar Ramadan Batu Buruk kini dalam pemantauan pihak berkuasa kerana masih belum mencapai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang memuaskan.

Gagal Patuh SOP | Penganjur bazar Ramadan dikenakan notis amaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan notis amaran kepada dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, Pulau Pinang dalam operasi pemantauan petang Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor notis berkenaan dikeluarkan selepas mereka gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Isu Pembayaran | Dua lelaki ditahan gaduh luar restoran
Polis menahan dua lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan di luar sebuah restoran di Ipoh selepas ia tular di media sosial pada Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi antara pemilik restoran dan pelanggan kerana isu pembayaran makanan.

Kenderaan Terbabas | Nash cedera langgar penghadang jalan
Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Seremban, pada Selasa. Vokalis kumpulan Lefthanded itu dengan nama sebenar Jamaludin Elias, 62 tahun, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Kompaun | Bukan tindakan menganiaya
Kompaun 1,500 ringgit terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi di Perak bukan untuk menganiayai mereka.

AWANI Ringkas: Datuk Nash cedera kemalangan | Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

10 Berita Pilihan - (20 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.

2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP
Dua dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Lelaki ditahan cuba rentas negeri untuk jual dadah
Lelaki yang berusia 29 tahun itu ditahan dalam di R&R Perasing, Kemaman pada Isnin.

Polis siasat borang rentas negeri kosong sudah ditandatangani
Borang rentas negeri itu adalah dari Balai Polis Chukai, namun berlaku penipuan pada tandatangan pegawai polis terbabit.

Pantai Kuala Kerteh bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM20 juta
Pantai Kuala Kerteh di sini bakal berwajah baharu apabila projek naik taraf taman rekreasi bernilai RM20 juta akan dimulakan pada Mei.

'Cukup sampai di sini sayang' - UMNO Terengganu umum tanding semua kerusi Parlimen, DUN
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata parti itu juga optimis untuk merampas kembali kerusi yang kalah pada pilihan raya umum lalu.

Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.

Enam pemancing hilang ditemukan selamat
Komander Zon Maritim Malaysia Kemaman, Rashidilhadi Abd Rashid berkata, bot pemancing tersebut kini sedang ditunda masuk ke jeti Kuantan, Pahang oleh bot nelayan yang menjumpai bot mereka.

Op SAR enam pemancing: APMM mohon bantuan Indonesia dan Vietnam
Ia antara usaha pihaknya dalam meneruskan pencarian sekiranya bot tersebut hanyut ke perairan negara jiran.

5 pemancing, tekong hilang di laut selepas keluar memancing
Kesemua mereka yang berusia 19 hingga 29 tahun itu dilaporkan keluar ke laut pada Isnin lalu dan sepatutnya pulang pada hari ini.

Penunggang motosikal maut langgar lori muatan tembikai
Mohamad Heri Hero Mazari Roslan, 33, disahkan meningal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mayat remaja ditemui terapung bawah jambatan
Mayat ditemui terapung dan tersangkut pada timbunan kayu di sungai berkenaan kira-kira jam 12.30 malam Jumaat.