NATIONAL
Mayat remaja lemas dijumpai

Penduduk di kawasan Taman Putra Perdana di lokasi kejadian lemas yang meragut nyawa tujuh mangsa. -Foto JBPM
Mayat remaja lelaki yang lemas di lombong Taman Putra Perdana di sini petang semalam berjaya ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.
Mangsa, Mohd Ilham Fahmy, 17, ditemui beberapa meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh semalam.
Terdahulu, ahbar melaporkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya tiba di lokasi berkenaan pada jam 5.50 petang selepas menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu.
Anggota terbabit, Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami