MALAYSIA

Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit

Sinar Harian 05/02/2026 | 05:40 MYT
Mayat seorang lelaki yang telah mereput ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Bunga Laut, Sungai Mati Tangkak pada Selasa. -Foto tular/Sinar Harian
TANGKAK: Mayat seorang lelaki yang telah mereput ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Bunga Laut, Sungai Mati di sini pada Selasa.


Ringkasan AI
  • Mayat lelaki mereput ditemui di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Bunga Laut, Sungai Mati Tangkak pada Selasa.
  • Identiti mangsa masih misteri kerana tiada dokumen pengenalan ditemui; kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa unsur jenayah.
  • Orang awam diminta memberi maklumat jika mengenali mangsa; siasatan terus dijalankan oleh pihak berkuasa.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut kira-kira jam 3.15 petang.

"Pemeriksaan awal mendapati identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti termasuk status kewarganegaraan berikutan keadaan mayat yang telah mereput.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan di lokasi kejadian.

“Siasatan awal juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu ujarnya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, kenalan atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Sungai Mati, SM Azaam Nordin di talian 012-241 6116 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di nombor 06-978 5222.


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Bunga Laut, Sungai Mati Tangkak pada Selasa?
    A: Seorang lelaki yang telah mereput ditemui di kawasan tersebut.
  • Q: Apakah tindakan pertama yang diambil oleh pihak berkuasa selepas menerima maklumat penemuan mayat?
    A: Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat kira-kira jam 3.15 petang dan melakukan pemeriksaan awal untuk menentukan identiti mangsa.
  • Q: Mengapakah identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti?
    A: Identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri yang ditemui di lokasi kejadian serta keadaan mayat yang telah mereput.
  • Q: Bagaimanakah kes ini diklasifikasikan oleh pihak polis?
    A: Kes penemuan mayat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur-unsur jenayah yang dikesan dalam siasatan awal.
  • Q: Apakah yang diminta oleh pihak berkuasa kepada orang ramai berkaitan dengan penemuan mayat ini?
    A: Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, kenalan, atau mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian diminta untuk membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Sungai Mati atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak.



#kelapa sawit #Kampung Parit Bunga Laut #Sungai Mati Tangkak #Mayat lelaki mereput