awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat reput, pakaian berlumut ditemukan di perairan Pangkor Laut

Aida Aziz
Aida Aziz
11/12/2023
21:20 MYT
Mayat reput, pakaian berlumut ditemukan di perairan Pangkor Laut
Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat agar menghubungi balai polis berdekatan atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung. - Gambar hiasan
MANJUNG: Satu mayat yang belum dikenal pasti identiti dan jantina ditemukan di perairan Pangkor Laut, Pulau Pangkor, pada Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan reput dengan memakai seluar jeans berwarna biru dan baju berwarna merah.
"Ahad lalu, pihak polis dari Balai Polis Pulai Pangkor menerima panggilan telefon dari orang awam mengenai penemuan mayat itu pada jam 12.18 tengah hari.
"Pihak polis dari balai tersebut bersama anggota Polis Marin Kampung Acheh, dibantu anggota bomba Pulau Pangkor hadir ke tempat kejadian jam 12.50 tengah hari, bagi mengesahkan penemuan mayat.
"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa, pihak polis tidak menjumpai sebarang identiti pengenalan diri dan jantina mayat tersebut belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, tempoh masa mayat tersebut berada dalam laut dipercayai lebih dua minggu berdasarkan keadaannya yang telah reput dan pakaian berlumut.
Mohamed Nordin berkata, mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh bagi proses bedah siasat serta mengetahui punca sebenar kematian.
Katanya, sehingga kini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sehubungan itu katanya, polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat agar menghubungi balai polis berdekatan atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222.
Topic Berkaitan
#Pulau Pangkor
#Polis Daerah Manjung
#mayat reput
#perairan Pangkor Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan