GOMBAK:Penemuan mayat tanpa kepala di sebuah rumah kosong tidak berpenghuni di hutan Gombak Tengah Tambahan, Kilometer 10 Gombak bermula dengan laporan yang diterima polis daripada seorang pengadu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan telah dijalankan kira-kira pukul 10.50 pagi Isnin di rumah berkenaan, disertai sepasukan anggota Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, serta dibantu Unit Anjing Pengesan K9 PDRM dan anggota Bomba dan Penyelamat.
Setibanya di lokasi, satu mayat lelaki tergantung dalam keadaan tidak sempurna ditemui di dalam sebuah rumah kosong di lokasi kejadian.
"Apabila tiba di lokasi dapati ada sebuah rumah kosong tidak berpenghuni.
"Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu rangka lelaki, dengan (identiti) bangsa tidak pasti mengenakan seluar jean warna biru dan baju belang warna coklat putih, serta dalam keadaan tidak sempurna.
"Bahagian tengkorak kepala berada di lantai manakala bahagian badan masih tergantung dengan tali yang diikat pada kayu bumbung rumah tersebut," katanya.
Pemeriksaan lanjut bagaimanapun tidak menjumpai sebarang pengenalan diri mayat terbabit.
Sisatan awal mendapati, rumah di lokasi terpencil itu telah ditinggalkan lama dan tidak diketahui pemiliknya.
Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.
"Pusat Kesihatan Daerah Gombak (PKD) telah mengambil sampel dari rangka untuk ujian COVID-19. Rangka manusia tersebut telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya. Kes diklasifikasi sebagai Laporan Mati Mengejut sehingga laporan post-mortem diperolehi," katanya lagi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Polis Balai Gombak Asisten Superintendan Syed Azizi Jamalullail Syed Abdul Aziz di talian 03-6189 5222 atau 012-376 6220.
Fareez Azman
Mon Dec 07 2020
Mayat dalam keadaan tidak sempurna itu dijumpai di dalam sebuah rumah kosong tidak berpenghuni di hutan Gombak Tengah Tambahan Kilometer 10 Gombak. - PDRM
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.