awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tidak sempurna di Sungai Matamba disyaki dibaham buaya

Sinar Harian
Sinar Harian
28/06/2021
22:23 MYT
Mayat tidak sempurna di Sungai Matamba disyaki dibaham buaya
Perahu mangsa yang ditemui terbalik di Sungai Matamba, Silabukan, Lahad Datu. -Sinar Harian
LAHAD DATU: Seorang lelaki maut disyaki dibaham buaya selepas hanya sebahagian anggota badannya ditemui di Sungai Matamba, Silabukan.
Mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemui penduduk kampung pada Ahad sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak bomba.
Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai lemas di sungai itu sejak Sabtu lalu dan ditemui sehari kemudian dalam keadaan sebahagian anggota badannya hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sebuah bot karam pada jam 11.50 malam Sabtu.
"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan keesokan paginya dengan bantuan orang awam serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sepanjang Sungai Matamba iaitu lokasi perahu mangsa ditemui terbalik.
"Kawasan pencarian meliputi jarak sepanjang hampir 25 kilometer namun mangsa masih gagal ditemui," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Katanya lagi, usaha mencari mangsa ditangguhkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan sebelum anggota bergerak ke balai bomba manakala penduduk kampung meneruskan pencarian.
"Pada jam 6.04 petang semalam (Ahad), anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Silabukan menghubungi balai bomba dan memaklumkan mangsa sudah ditemui oleh penduduk kampung berdekatan dengan perahu mangsa yang ditemui terbalik.
"Susulan penemuan itu, anggota bomba ke lokasi dan mangsa terus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi ditamatkan jam 7 malam," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki maut disyaki dibaham buaya
Topic Berkaitan
#dibaham buaya
#Lahad Datu
#Sungai Matamba
#Sumsoa Rashid
#Balai Bomba dan Penyelamat
#bot karam
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Silabukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan