Mayat wanita ditemui dengan kesan kelar di leher

Astro Awani
Disember 23, 2020 15:19 MYT
Mayat itu ditemui sekitar 2 petang oleh orang awam di sebuah rumah di tingkat 1 dekat Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas Klang. - Foto ihsan polis
KLANG: Mayat seorang wanita warga Indonesia telah ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kelar di lehernya.
Mayat itu ditemui sekitar jam 2 petang oleh orang awam di sebuah rumah di tingkat 1 dekat Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Klang.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli, mayat yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah itu berusia dalam lingkungan 20-an.
Terdapat kesan tikaman di bahagian leher mangsa yang ditemui dengan hanya memakai kemeja-T.
Jelas Shamsul, pihak polis kini sedang menyiasat motif sebenar kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.
#kesan kelar #Taman Sri Andalas Klang #Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang #Jalan Sri Sarawak #wanita indonesia #Polis Daerah Klang Selatan