[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
MALAYSIA

Mayat wanita ditemukan rentung dalam kontena di UTC

Bernama 15/10/2019 | 04:38 MYT
Operasi yang dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dengan kekuatan 16 anggota berjaya mengawal kebakaran kira-kira 15 minit kemudian. - Foto Bernama
Mayat dipercayai seorang wanita ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kontena berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata mangsa dipercayai terperangkap di dalam kontena itu dalam kebakaran yang berlaku pada 5 pagi.
"Kontena yang terletak berhampiran Jalan Pasar Seri Kuantan merupakan tinggalan daripada penempatan pekerja dan pernah dijadikan surau.
"Setakat ini, punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di sini.
Anuar berkata operasi yang dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dengan kekuatan 16 anggota berjaya mengawal kebakaran kira-kira 15 minit kemudian.
-- BERNAMA
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM #Kuantan #Malaysia #mayat #mayat rentung #mayat wanita rentung #PUSAT TRANSFORMASI BANDAR #UTC