[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh

Adie Sufian Zulkefli 02/11/2024 | 21:15 MYT
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto JBPM
KULIM: Seorang wanita yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di Taman Eco Rimba, Sungai Sedim, dekat sini, ditemui mati lemas kira-kira jam 5.50 petang Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, mayat Kasthuri A/P Arjunan, 41, ditemui orang awam ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh anggota Bomba.
“Mayat mangsa ditemui di kawasan Lubuk Buluh iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang dibawa arus.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Difahamkan, mangsa datang ke lokasi itu untuk beriadah bersama keluarganya sempena sambutan perayaan Deepavali sebelum dilaporkan hilang pada jam 4.02 petang.
#lemas #Sungai Sedim #kepala air #Deepavali