awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita reput ditemui dalam bilik air kondominium

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2025
09:30 MYT
Mayat wanita reput ditemui dalam bilik air kondominium
Seorang wanita berusia 27 tahun ditemui mati dalam bilik air kondominiumnya di Bandar Baru Sri Petaling selepas pemilik rumah melaporkan bau busuk dan gagal menghubungi penyewa. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita ditemui dalam bilik air kediamannya di sebuah kondominium di Bandar Baru Sri Petaling, di sini, pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita berusia 27 tahun ditemui mati dalam bilik air kondominiumnya di Bandar Baru Sri Petaling selepas pemilik rumah melaporkan bau busuk dan gagal menghubungi penyewa.
  • Polis mendapati rumah berkunci dari dalam dan barangan peribadi mangsa masih berada di tempat asal; mangsa dipercayai tinggal bersendirian dan menjalankan perniagaan pakaian dalam talian.
  • Mayat dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR), dengan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.35 pagi daripada pemilik rumah selepas gagal menghubungi penyewanya.
Menurutnya, tuan rumah terbabit telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan bangunan itu mengenai bau busuk yang datang dari sebuah unit kediaman.
"Pasukan peronda polis dihantar ke lokasi. Pemeriksaan di dalam kediaman itu menemui mayat penyewa yang sudah mereput dalam bilik air," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati rumah itu berkunci dari dalam dan barangan peribadi wanita terbabit termasuk telefon bimbit dan beg tangan masih berada di tempat asal.
Tambahnya, wanita berusia 27 tahun itu tinggal bersendirian sejak awal tahun ini dan dipercayai menjalankan kerja perniagaan pakaian secara dalam talian.
Dalam pada itu, Chang Hook berkata, pihak polis akan mengambil keterangan lanjut daripada ahli keluarga mangsa.
Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR). -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bandar Baru Sri Petaling
#bilik air kondominium
#kematian mengejut
#wanita 27 tahun maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan