awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita sudah reput disyaki mangsa bunuh ditemukan dekat KLIA

Bernama
Bernama
10/09/2025
20:15 MYT
Mayat wanita sudah reput disyaki mangsa bunuh ditemukan dekat KLIA
Mayat seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan reput berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 Sept lepas. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Mayat seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan reput berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Azman Shari'at berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 7.50 malam mengenai penemuan mayat berkenaan.
"Keadaan mayat telah mereput dengan bahagian kepala tidak sempurna dan hanya tinggal tengkorak. Berdasarkan keadaan fizikal, mangsa disyaki telah meninggal dunia lebih kurang seminggu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa masih berpakaian lengkap, memakai baju T-shirt putih jenama Drum bersaiz XS bertulis 'Fear Less' serta seluar kargo pendek berwarna krim bersaiz L.
Menurutnya, setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dipastikan kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mayat.
Azman berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Serdang mendapati empat kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa.
Katanya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Susulan itu, beliau meminta kerjasama orang awam atau waris agar segera menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, DSP Tee Ah Chew di talian 018-2183555.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mayat wanita reput
#mangsa bunuh
#KLIA
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan