MALAYSIA
Mayat wanita warga asing ditemukan dalam kenderaan di Setapak
Pemeriksaan awal polis tidak menemukan sebarang kesan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa mahu pun di lokasi kejadian. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita ditemukan dalam sebuah kereta yang dilaporkan diparkir sejak April lepas berhampiran sebuah pusat perniagaan di Setapak, di sini, Selasa lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada 11 pagi.
"Hasil pengecaman oleh anak mangsa mendapati wanita berusia 58 tahun itu bukan warganegara Malaysia dan dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak seminggu lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kesan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa mahupun di lokasi kejadian.
"Proses bedah siasat terhadap wanita terbabit telah dijalankan pada Rabu lepas dan kita sedang menunggu keputusan punca kematian," katanya.
Beliau berkata siasatan mendapati kereta itu bukan milik mangsa dan berada dalam keadaan tidak berkunci. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mayat wanita bukan warganegara Malaysia ditemukan dalam kereta diparkir sejak April berhampiran pusat perniagaan di Setapak
- Tiada kesan jenayah ditemui, kereta bukan milik mangsa dan berada dalam keadaan tidak berkunci
- Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, bedah siasat telah dijalankan dan keputusan punca kematian masih menunggu