awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat warga emas berlumuran darah ditemui dalam kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2023
11:32 MYT
Mayat warga emas berlumuran darah ditemui dalam kereta
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah kereta di Jalan Selayang Baru, Batu Caves, Selangor pada Selasa. - Sinar Harian
GOMBAK: Mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai mati dibunuh ditemui dalam sebuah kereta di Jalan Selayang Baru, Batu Caves di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, makluman itu diterima Pondok Polis Selayang Baru selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 10.15 pagi.
Menurutnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bersama pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Mangsa yang berlumuran darah ditemui di bahagian pemandu dalam kereta jenis Perodua Kancil di kawasan lapang hadapan sebuah pusat beli-belah.
"Pemeriksaan mendapati mangsa berusia lingkungan 70-an dan beralamat di Selayang Baru itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dengan kesan kecederaan parah di leher," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, turut ditemui di lokasi kejadian satu objek tajam dan mayat mangsa telah dibawa ke HKL untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, Zainal Mohamed berkata, bertindak atas maklumat, pada hari yang sama kira-kira jam 4 petang, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gombak telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bertaraf pemastautin tetap di sekitar Selayang Baru.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan suspek telah direman tujuh hari sehingga 16 Mei untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Puteri Noor Asiah Mohd Sharif di talian 012-6718024 atau IPD Gombak di talian 03-61262222. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mayat warga emas
#mati dibunuh
#Gombak
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan