awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat warga emas hampir reput dalam flat terkunci di Kuala Krai

Bernama
Bernama
05/08/2025
15:12 MYT
Mayat warga emas hampir reput dalam flat terkunci di Kuala Krai
Satu mayat wanita warga emas ditemukan dalam keadaan hampir reput di kediamannya di Flat Sri Guchil, Kuala Krai petang tadi. - Foto JBPM
KOTA BHARU: Satu mayat wanita warga emas ditemukan dalam keadaan hampir reput di kediamannya di Flat Sri Guchil, Kuala Krai dekat sini petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata jasad mangsa dikenali sebagai Halimatun Yusoff, 69, dan tinggal bersendirian, ditemukan pada 2.08 petang di ruang tamu selepas pihaknya membuka pintu yang terkunci.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.04 petang daripada polis yang meminta bantuan pasukan bomba untuk membuka pintu kediaman itu susulan aduan bau busuk.
"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati pintu rumah berkenaan terkunci dan terdapat bau yang tidak menyenangkan.
"Setelah pintu berjaya dibuka, pasukan kami menemukan seorang wanita warga emas yang telah meninggal dunia di ruang tamu dalam keadaan hampir reput," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Khairul Duha berkata operasi itu melibatkan enam anggota bomba dan tamat sepenuhnya pada 2.18 petang.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mayat warga emas
#mayat hampir reput
#terkunci dalam flat
#Flat Sri Guchil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan