GOMBAK: Mayat seorang lelaki warga Thailand ditemui terapung dan tersangkut di celah batu di Sungai Batu 13, Kilometer (KM) 24, Jalan Lama Gombak di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihak polis menerima laporan berkenaan penemuan mayat lelaki berusia 31 tahun berkenaan pada jam 3.02 petang.
Menurutnya, identiti mangsa disahkan oleh adiknya yang tinggal bersama keluarga mereka di sebuah rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa ditemui.
"Hasil pemeriksaan fizikal pada badan mangsa terdapat kesan lebam pada dahi sebelah kanan, lebam di bahagian luaran kulit kelopak mata kiri dan kesan calar di bahagian belakang badan.
"Tiada sebarang kesan kecederaan luka di tubuh badan si mati.
"Siasatan setakat ini, dipercayai mangsa telah terjatuh atau tergelincir ke dalam sungai berdasarkan luka-luka yang dialami," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa kali terakhir ditemui oleh ahli keluarganya sekitar jam 2 pagi pada Isnin selepas makan dan bersiap untuk tidur di kediaman mereka.
Katanya, siasatan yang dijalankan Unit Forensik di rumah tersebut mendapati tiada sebarang tanda-tanda yang mencurigakan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk tujuan bedah siasat. Sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga hasil bedah siasat diketahui," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 09 2022
Mayat seorang lelaki warga Thailand ditemui terapung dan tersangkut di celah batu di Sungai Batu 13, KM24, Jalan Lama Gombak pada Isnin. -Gambar hiasan
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Mayat warga Thailand ditemui tersangkut celah batu
Identiti mangsa disahkan oleh adiknya yang tinggal bersama keluarga mereka di sebuah rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa ditemui.
Lelaki warga Thailand ditahan miliki pil kuda bernilai RM360,000
Suspek yang membawa sebuah beg lut sinar cuba melarikan diri ketika dihampiri polis namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan.
Lelaki hilang ketika kutip siput ditemukan lemas
Mangsa, Chamlong Onthadi, 54, yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah hotel di pantai berkenaan ditemukan lebih kurang 1 batu nautika barat pantai oleh bot nelayan tempatan.